Islam di Croatia
Islam di Croatia

Islam di Croatia

Islam di Croatia diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah. Penduduk Islam merupakan sekitar 1.3% dari populasi Croatia. . Komuniti Islam Croatia secara rasmi diiktiraf oleh negara.[1]Empayar Turki Uthmaniyyah telah menawan sebahagian daripada Croatia dari abad ke-15 hingga abad ke-19 serta meninggalkan jejak yang mendalam. Beberapa masyarakat di Croatia beralih agama kepada Islam. Kemajuan Empayar Uthmaniyah di Eropah dihentikan di tanah Croatia, yang boleh dalam pengertian ini dianggap sebagai pintu gerbang sejarah tamadun Eropah. Sejak tahun 1519 Croatia telah dikenal sebagai Antemurale Christianitatis di Eropah Barat. Nama itu diberikan oleh Paus Leo X.